Sunday, October 10, 2010

apa istimewanya 101010

dah puas pun aku membuta,bgn pun sb tkejut kwn pompuan duk cl2.walaupun berat aku ttp bangun.jam kt nset menunjukkan 9.52 am.masih jauh lagi kiraan ku utk aku btugas arini.kena kije ptg selama seminggu.tetiba terdetik dlm fikiran aku..arini adalah hari yg byk dinantikn utk di pahat memori indah.1o okt 2010 tarikh keramat yg dikira 101010.ntah pe yg keramat pn xtau.hinggakan rmai psangan y nk naik pelamin pd hari ni.nk g wt ic pn arini,yg duk kt labour room pn xketingalan duk teran soh beranak arini.mengikut perkiraan,tarikh sebegini hanya dtg setiap 100 tahun dan tarikh sebegini telah berlaku pd 10 0ct 1910 yang lalu.maka mmg ini lah yg istimewa kot.
harus kita jgn lupa,kekadang tarikh sebegini sengaja di rakam puak2 yg nk merosakkan kita dgn mgadakan konsert,parti2 liar dan sbagainya.masakan tidak,detik 12 mlm 101010 turut di rai dgn dentuman bungapi.itu yg sy dgr la tp yg lain xnmpak.malah sekitar 1.00 am di sekitar bandaraya seperti dataran merdeka,bkt bintang yg kebetolan sy lalui ckup meriah.kebetolan plak mlm sunday,jd mmg meriah lah.entah bermacam aktiviti yg berlansung smlm.merosak fikiran ank muda kita sekarang.
walaubagaimanapun,tahniah juga kepada rakan2 kita yg memilih 101010 sbg tarikh bernikah.hehe nk 101010 gk kena bwk la RM 101010..mau berhutang mcm si amizan kawan baik aku dlu.sampai le x bayar2.da bley kwen nk byr wtpe lagi kn.semogo allah memurahkan rezeki aku kena di tipu org yg pinjam duit utk kawen tapi tak nak bayar2 walhal mampu.
apa pun yang kita lalui,baik dirakam pada detik bersejarah hendaklah kita jgn keterlaluan.musim haji pada tahun 1431 H pn ada gk tarikh ni.tp jgn plak bakal2 haji p lobi TH nk penerbangan ke mekkah pd arini plak.semoga tarikh pe pn yg kita lalui,sebenarnya kita patut isi dgn amalan kebaikan.saya cuba nk islam kn tarikh yang org putih or yahudi bangsat anjurkan parti menyesatkn tapi kita rai kan secara islamic.insyaallah

Saturday, October 9, 2010

baiki lampu kalimantang





lampu kalimantang juga dikenali lampu panjang,pendaflour ni mmg lampu paling biasa digunakan cuma berlainan casing je.
JIKA lampu berkelip2(flickering)-kebiasaannya tiub hmpir expired-tukar tiub.sila pastikan jenis watt-panjang 36w dan pendek 18w.colur dia-keemasan(warmwhite),putih(daylight)sekiranya anda bercadang untuk membelinya.

Monday, August 17, 2009

said berpantun

aku sokmo kesepiean,
pangi-pangi duk di jenelo rindu,
pastu2 braleh ke tanngo gian,
pah ke petae,xdok mugu satu.

terkam aku ke laptop bunruk,
puah meceh ku keleh gamba,
makin hari semankin teruk,
orang ku punja xsampa sampa.

dekak nak ngorib ku mandi mando,
daki ku ghaha rambuk ku syempoo,
senba ku wat mache dok kena,
adus syg...ku rindu pado mu.

nasi ku mankang terasa lenkat,
air ku minung teraso lemas,
bilo la kinto nk dunduk denkat,
baru la kinto teraso kemas.

budu ku petak ku suap muluk,
biar pun sonrang nasik abis spuyok,
bilo mu ngju ku jadi kanluk,
abis tea..tra ku punjuk.

ya tuhanku ku sujud padomu,
dale doa ku harap sesuatu,
turunkan berkat ampuni daku,
kurniakan rahmatMu serta restu.

Friday, August 14, 2009

h1n1 remedy


h1n1...adakah anda faham tentang selsema jenis baru ini? bila menyebutnya sahaja semua orang naik gerun..byk kes yg mati katanye..habis apa hal dgn kes denggi?? dah tak takut ke?

apa2pun yang paling penting kita jgn sesekali panik..jadi kita kena faham betul2 apa yang kita faham supaya tak jadi salah faham..betul kan?

cuba kita fikir tentang selsema yang biasa kita dapat bila kita mula demam.ini dinamakan juga "seasonal influenza"..demam selsema kan demam biasa yang kita dapat. perlu ubat atau antiviral ke untuk pulih? tidak kan..kenapa? sebabnya badan kita dah kenal dia dan sistem pertahanan (immunity) berupaya membentuk antibodi untuk lawan jangkitan selsema.

h1n1 adalah virus selsema baru..jadi badan kita tak berapa boleh kenal lagi dia macam mana. bila kita mengalami demam panas (high grade fever), skrg ini adalah petanda pertama kita berkemungkinan dijangkiti virus h1n1..bagi mereka yang berisiko (tahap kesihatan yang tidak optimum) jangkitan ini akan senang merebak.malah apabila badan kita tidak mempunyai sistem pertahanan yang bagus, jangkitan lain pula akan meresap masuk dan ini akan memudaratkan lagi keadaan..so, dont be panic.

tak payahla kita sibuk-sibuk nak pi amik throat swab.pastu nak antiviral, tamiflu tu. huhu kaya le orang yang wat ubat tu kan

anyway anda tau tak..tamiflu tu dibuat dari ektrak bunga lawang (illicium verum). tau kan bunga lawang? alaa yang kita guna masak2 tu..hehe orang wat cenderahati pun ada tau!

jadi bila anda mula terasa demam, dan anda ada kontek (contact) dengan pesakit h1n1 tau disyaki mengalami h1n1, anda cubalah petua ini..

ambillah 3-5 kuntum bunga lawang, bersihkan dan rendam dalam segelas air biasa selama 3 hari. bunga lawang akan tenggelam sepenuhnya dalam masa 3 hari. setelah itu bacakan selawat (3x) ke atas junjungan besar kita, rasullullah saw, dan bolehlah diminum airnya. amalkan meminumnya 3 kali sehari. insyaallah anda akan segera sembuh

illicium verum ini sebenarnya mengandungi bahan antivirus dan telah digunakan sewaktu rawatan avian flu (selsema burung) dulu..malah bunga lawang ini bukan sahaja sebahagian dari rempah ratus tetapi juga telah lama digunakan sejak berzaman dahulu sebagai bahan perubatan.

insyaallah dengan amalan ini di samping amalan kebersihan diri yang baik dan betul kita dapat mencegah h1n1 ini daripada terus menular ke tahap lebih serius..kita hanya merancang dan berusaha, allah jua yang akan menentukan segalanya



Sunday, August 9, 2009

Antara aku dan boss

jika aku mengambil masa yang panjang

aku dikatakan lambat bekerja

jika boss mengambil masa yang panjang

dia dikatakan begitu teliti



jika aku lambat bertindak

aku dikatakan malas

jika boss lambat bertindak

dia dikatakan terlalu sibuk



jika aku bertindak tanpa diarah

aku dikatakan terlalu bijak

jika boss yang berbuat begitu

dia dikatakan berinisiatif



jika aku mengambil hati boss

aku dikatakan mengampu

jika boss mengambil hati ketuanya

dia dikatakan berkerjasama



jika aku melakukan sesuatu yang bijak

boss tidak pernah ingat

jika aku melakukan sesuatu yang salah

boss tidak akan lupa

Saturday, August 1, 2009

SuKa..SaYaNg..CiNtA

Saat kau menyukai seseorang, kau ingin memilikinya untuk keegoanmu sendiri.
Saat kau menyayangi seseorang, kau ingin sekali membuatnya bahagia dan bukan untuk dirimu sendiri.
Saat kau mencintai seseorang, kau akan melakukan apa saja untuk kebahagiaannya walaupun kau harus mengorbankan jiwamu.
Saat kau mencintai seseorang dan berada di sisinya maka kau akan menggenggam erat tangannya.
‘Suka’ adalah saat dia menangis, kau akan berkata: “Sudahlah, jangan menangis.”
‘Sayang’ adalah saat dia menangis dan kau akan menangis bersamanya.
‘Cinta’ adalah saat dia menangis dan kau akan membiarkannya menangis di pangkuanmu sambil berkata: “Mari kita selesaikan masalah ini bersama-sama.”
‘Suka’ adalah saat kau melihatnya kau akan berkata: “Ia sangat tampan dan menawan.”
‘Sayang’ adalah saat kau melihatnya dari hatimu dan bukan matamu.
'Cinta’ adalah saat kau melihatnya, kau akan berkata: “Buatku dia adalah anugerah terindah yang pernah Tuhan berikan padaku.”
Di saat orang yang kau suka menyakitimu, kau akan marah dan tidak mahu lagi berbicara dengannya.
Di saat orang yang kau sayang menyakitimu, engkau akan menangis untuknya.
Di saat orang yang kau cintai menyakitimu, kau akan berkata: “Tak mengapa, dia hanya tak tahu apa yang dia lakukan.”
Di saat kau suka padanya, kau akan ‘memaksanya’ untuk menyukaimu.
Di saat kau sayang padanya, kau akan membiarkannya memilih.
Di saat kau cinta padanya, kau akan selalu menantinya dengan setia dan tulus.
‘Suka’ adalah kau akan menemaninya apabila itu menguntungkan.
‘Sayang’ adalah kau akan menemaninya di saat dia memerlukan.
‘Suka’ adalah hal yang menuntut. ‘Sayang’ adalah hal memberi dan menerima.
Cinta adalah hal yang memberi dengan rela.